malam ni last tarawih + last sahur. sedih pulak rasa Ramadhan dah nak tinggalkan kita. rasa kejap je Ramadhan tahun ni. aku rasa amal ibadat aku dalam bulan puasa tahun ni macam kureng je. huhu. astagfirullahalazim. tapi at least aku sedar. hikhik!
semalam ada kenduri malam 27. supposed buat waktu malam 27 la kan tapi sebab ada masalah teknikal kena la tukar jadi malam semalam. penat oo. aku balik dari hospital terus tolong mak aku dan Mak Ndak Norma masak untuk kenduri. sepatutnya ramai2 la kan yang tolong tapi macam biasa la. kalau ramai2 pun semua pakat menyumbang mulut daripada tenaga baik tak payah datang kan. less is better. nak tau aku tetak lebih kurang 30 ekor itik sorang2! dah la pisau penetak tu berat dan conclusionnya tangan kanan aku dah lebam2 + sakit. so esok boleh la aku excuse buat kerja rumah ye sebab kakak aku dah balik. hoyey2!
mak dan Mak Ndak Norma cakap kalau dah pandai tetak ayam atau itik, orang tu dah boleh kahwin. waahh! so aku dah boleh kahwin la ni ek. tapi sorry la yek tak ada sapa nak datang masuk meminang aku buat masa sekarang. huhu. sobsobsob. T.T
oh oh siang tadi aku kemas2 rumah, buang langsir (hajat kat hati tak nak basuh langsir tapi tak sanggup lak tengok langsir tu dah tak macam rupa langsir rumah orang dah layak dapat pengiktirafan kain buruk je! =D) memang penat ya amat! ye aku sorang2 je yang buat semua tu. rasa macam bawang putih lak. huhu. berangan kau ek Laila! hahahaha.
part ni paling best. aku nak cerita sikit. aku punya la teringin nak makan tomyam tapi mak aku kata masak esok je sebab kakak aku ada. so aku pun macam dah pasrah la kan tak dapat makan hari ni. thennnnnn mak aku kata suruh masak je tomyam buat berbuka. haruslah gembira tahap nak lompat2 kan tapi puasa so sabar sikit. tapi yang tak best nya aku kena masak sendiri. mak aku kalut nak goreng nasi goreng untuk nak sedekah kat surau malam ni. haila... aku nak makan tomyam air tangan mak aku. hmmm. so aku masak je la. first time masak dalam bulan puasa ni. aku main campak2 je. garam pun aku main agak2 je sebab tak boleh rasa kan. tawakal je la. tapiiiiii hasilnya amat memberangsangkan! marvellous punya sedap! izinkan saya nak kembang kempis hidung jap ek. haha. kira much better dari aku masak tomyam waktu bukan dalam bulan puasa. so kesimpulannya aku dah lulus ujian masakan. so kepada makcik2 kat luar sana yang teringin nak ambil saya jadi menantu, sila isi borang untuk anak makcik ye! saya nak laki yang macam Joe Jambul je. hikhik.(ehh2 kau... demand la pulak!). malu lak rasa. =$
Notis : dam dam dum bunyi mercun, kanak2 lari berduyun2~
No comments:
Post a Comment