ok sambung cerita. dah disebabkan malam last so kitaorang plan nak keluar untuk kali terakhir before masing2 pakat balik rumah untuk sambut raya ni. sebenarnya tak tau pun nak pegi mana, dalam kereta Odyssey milik Boboy aka Dzul Asrul baru la decide nak pegi One Utama. punya la penat pujuk si Boboy tu suruh pinjam kereta family dia sebab boleh muat lapan orang sekaligus so tak payah nak naik 2 biji kereta kan. tapi malangnya Bambang tak ikut kitaorang sekali. dia kata hati dia tak sedap pasal plan nak keluar ni. ye la aku rasa hati dia tak sedap sebab masa buka posa, dia sorang ja yang tak makan hati ayam masak kicap tu. sebab tu dia rasa macam tak sedap hati je. eh apa yang aku merepek ni? ah abaikan. huhu.
sampai kat OU lebih kurang pukul 9.30 malam. tu pun lepas sesi membuat Boboy bengang sebab masing2 mulut hingaq nak bagitau jalan padahal masing2 tak tau pun jalan nak pegi OU tu. ingat2 lupa la pulak kan. sampai kat sana plan nak pegi main bowling tapi masa tu la boling tu nak tutup. masa tu jugak la nak buat renovation kan. Syiqin dah excited nak berkaraoke. tapi macam tak best sebab karaoke jamban je. ak boleh muat semua orang ditambah pulak Arif tak nak. then pusing2 temankan si Ayin tu nak beli baju. dah nangis2 hentak kaki dah nak suruh orang temankan dia. kena cepat sebab kedai dah nak tutup. ye la OU tu tak ada share dengan bapak kitaorang pun. kalau ada kan senang, boleh bagi arahan jangan tutup mall tu sampai kitaorang keluar. haha. kan best kalau macam tu. pastu berpecah dengan si Boboy dan si Arif. penat oh nak cari pusing2 si budak dua ekor tu. kata kat McD, tapi punya la penat jalan tak jumpa2. nasib baik la jumpa gak. tapi McD dah tutup. so peluang nak beli aiskrim terbantut pulak dah.
then dalam kereta decide nak pegi i-City kat Shah Alam. so teros pegi sana la. sampai sana lebih kurang pukul 1130ish. buat photoshoot kat sana. memang best. sempat kat sana lebih kurang setengah jam ++ sebab kemasinan mulut si Boboy yang kata lagi setengah jam akan hujan berdasarkan velocity angin di udara. memang konpem setengah jam lepas tu hujan! apa lagi jadi sprinter la kejap kan nak cari tempat teduh. pastu pegi kedai makan jap. nak lapik perut. acece lapik perut la sangat kan. pastu terus balik kolej sebab nak sahur kat sana + Bambang dah menunggu kitaorang dengan resahnya. =D
the point is. aku rasa agak sedih (agak2 la pulak kan) sebab nanti dah susah nak bersama2 macam dalam bulan posa ni. ye la sahur sekali, berbuka pun sekali. nanti lepas raya dah susah la. tambah2 aku pulak course lain. memang susah nak lepak2 sekali macam ni. apa2 pun kenangan puasa kat U memang best ini tahun. tah la memang sedih aku rasa, sebab dalam bulan posa ni la aku close dengan budak2 ni. banyak benda kitaorg buat sekali, together gether. huhu. eh aku rasa kalau letak nama kumpulan BIOL ok tak? gabungan nama BIologi + geOLogi = BIOL???
hahaha. memang macam lawak tapi sorang2 lebih kurang je perangai biol nya. haha.
aku malas nak tepek gambar, kalau nak tengok sila susahkan diri masuk ke FB aku ok. aku nak letak video je. Fatan kata jangan upload kat FB, so aku upload kat sini la. boleh jugak kan Fatan? grr! grr! hahaha. sengal doe!
Notis: kenangan ini yang terbaik!
No comments:
Post a Comment