Sunday, September 5, 2010

ajal maut bukan kat tangan kita~

menerima berita kematian memang buat aku terkedu + tergamam + meremang bulu roma aku. serius aku memang tak boleh dengar pasal ada orang meninggal dunia ni. dan2 rasa takut + sedih + tak dapat bayangkan kalau benda tu happen kat family aku. uishh. seram2.

hari jumaat lepas aku balik Penang. first time dalam hidup aku, aku bangun tido hari sabtu tu pukul 1 petang. PUKUL 1 WEYH!! aku rasa mak aku lupa yang aku dah balik sebab tak dengar siren mak aku berdendang riang suruh aku bangun. hikhik. tak pa la penat kan naik bas. huhuhu.

lepas mandi tah2 abah aku cakap yang tok imam kampung aku atau nama glamour dia kat kampung aku adalah Tok Su Ya dah meninggal dunia pagi tadi dalam pukul 10. innalillah.. then abah aku sambung lagi. ada lagi sorang orang kampung aku meninggal dunia. perempuan dalam pantang. innalillah.... anak2 masih kecil kot + ramai. tapi Allah lebih sayang kan arwah. anak dia yang kecil tu yang paling kesian. tak dapat menerima kasih sayang seorang mak dari kecik. memang sedih aku rasa. tapi ajal maut semua dalam tangan Allah SWT.

kak ipar aku kata kalau dalam satu tempat ada dua kematian, akan ada lagi satu yang akan menyusul. macam bagi complete 3 la. tah la korang paham2 sendiri la. sebab susah nak explain. abah aku kata sepanjang dia hidup kat kampung tu dari kecil tak pernah berlaku dua kematian dalam satu hari dan jarak lebih kurang 2 3 jam macam tu je. penat jugak la abah aku nak uruskan dua2 tu sebab before ni memang tok imam yang uruskan then dah tok imam meninggal abah aku terpaksa ganti sebab abah aku pengerusi JKK kampung (bukan JKKK kat kolej aku tu tau!)

aku rasa macam agak terkejut sebab arwah tok imam tu pernah mengajar aku mengaji al-Quran dari kecik dan family aku macam ada bau2 durian la dengan diaorg. tah la. malas nak taip panjang. tapi raya kali ni agak terasa kehilangan la sebab selalu arwah tok imam yang bacakan khutbah, imamkan sembahyang raya. hmmm.. ajal kan. tak siapa tahu. ajal aku pun tak tau bila. amal pun tak cukup lagi. huhu. ingat pasal mati tu sunat. so jangan la nak lalai sangat, ingat perintah Allah SWT. amar makruf nahi mungkar. insyaAllah hidup kita akan lebih berkat + aman damai tenang bahagia.

sama2 la kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah2~


Notis: enjoy2 jugak, akhirat jangan lupa ya!

No comments: