Sunday, January 9, 2011

hajat tak kesampaian

hari jumaat lepas,kolej aku ada buat program derma darah. pegawai2 kesihatan dari PPUM datang untuk nak kutip darah. wahh! kutip darah macam vampire pulak kan. hukhuk. aku nak derma gak tapi 50-50 la. sebab orang kata kalau derma darah,nanti badan kita naik sebab makan banyak. huuuu. tak nak la badan naik! dah la susah nak kurus. jeles ouh aku kalau sapa yang makan banyak2 tapi badan still kurus kering macam kerepek pisang nyum nyum tuh.

ieka lak excited nak derma sebab dia dah biasa derma darah ni. dia kata darah dia banyak sangat, so dia tak nak la tamak haloba and dia decide nak dermakan darah dia kepada orang yang memerlukan. syabas ieka! anda telah berjaya menyelamatkan satu nyawa.*tepuk tangan berganti2*



mula mula dia mintak aku temankan sebab aku still 50-50 nak derma ke tak,tapi sampai2 je terus aku isi borang. letak nama,umur,ic,jawab soalan blablabla. pastu masuk dalam bilik seminar nak check2 dulu takut tekanan darah rendah ke berat badan tak cukup ke. so turn aku kena check, doc tanya kenapa buat minor surgery? sebab aku ada tanda tick kat situ kan. so aku cerita2,then doc tanya bila buat ? a month ago. so tak boleh. sekurang2nya kena 6 bulan baru boleh derma tak kisah la minor or major surgery.

lagi kalau korang pernah berkongsi2 jarum nak suntik dadah ke melakukan ehem2 dengan ramai orang ke memang strictly tak boleh la. weyh jangan nak naya orang la tak pasai2 ada orang kena AIDS. pernah jadi kes ok. make sure before korang nak derma,kena makan dulu,then rest 20 minutes baru boleh derma. kalau pening sampai pengsan sapa yang susah? bukan nurse ke yang susah? nak kena angkat korang kalau ringan tak pe la jugak ni kalau berat macam aku ni tak ke nurse biarkan aku landing je atas lantai.



oh dan make sure minum air banyak2, at least 1 gelas la. jangan guna 1 gelas kecik molek tahap baby minum tu. tak ada maknanya korang ingat korang kecik ke? haaa..... kenapa kena minum air banyak2? sebab nanti darah korang tu tak pekat macam jem strawberry. lagi lambat dan susah darah tu nak keluar melalui tiub tu. tapi masa aku teman ieka hari tu kan,kejap je dia buat. sebab darah dia cair dan laju je mengalir. chinese girl yang buat dulu dari dia pun tak habis2 lagi. memang banyak darah betol iekaki ni. haha.

disebabkan impian aku nak menyelamatkan satu nyawa tak berkesampaian kena tunggu another 5 months baru cukup 6 months,maka aku syorkan korang yang masih sihat walafiat ni tolong la dermakan darah korang. please please pleaseeeeeee *lagu Alif Satar-jangan nakal* kalau melepasi piawaian la. kalau darah cukup untuk diri sendiri macam kawan saya si Atiqah tu tak payah la susah2 kan diri,nangis2 meraung2 nak jugak derma. one of the easiest way nak dapat pahala. sapa dapat? korang jugak kan. so marilah membuat kebajikan. ^^







Notis: don't be selfish.

2 comments:

tiqa ab said...

aku ke atiqah yg ko mksudkan tu?? hahahah
eh,ko wat minor surgery for what? xbgtaw pun.. :(

laila latif said...

of course la kau. hahaha. ouh hari tu aku buat.xpe2 nnt aku wat entry special. hehe