Thursday, March 24, 2011

baik tak payah la!

Masa berjalan semakin pantas *berjalan ke? Ke berlalu?* apa-apa pun final exam dah nak dekat. Ngeeeeeee! Takut! Perasaan takut tu normal untuk seorang pelajar yang malas nak study awal,hanya tunggu study week baru terhegeh-hegeh nak study,cover semua benda. Memang gila la punya puuun! Untuk semester ni aku nak selalu sedarkan diri sendiri bahawa sapa yang bersifat malas, dia sendiri yang akan rugi, bukan kawan dia,bukan jiran bilik sebelah, hatta jiran blok sebelah jugak. Apa yang aku nak cakap, JANGAN MALAS BOLEH TAK WAHAI LAILA!


Ok dah ye sesi motivate diri sendiri. Sekarang ni aku nak sentuh sikit pa.. eh silap aku nak pegang banyak *baru best sikit ayat* pasal satu benda ni. Aku dah usha lama dah, lama jugak aku dan kawan aku berdiskusi mengenainya. Pasal perangai budak-budak international students kat universiti aku ni. Perghhh! Perangai sorang-sorang kalau tak annoying tak sah. Aku tahu bukan semua International Students (IS) yang perangai teruk, tapi ada la IS daripada satu 'negara tu' yang memang gila punya menyakitkan hati. Bayangkan kalau ada lab. Orang lain semua pulun buat experiment bagai, berpeluh-peluh, pusing habeh satu lab nak siapkan experiment. Tapi IS terbabit hanya berdiam diri, duduk di atas kerusi sambil menyiapkan report untuk lab yang sebelumnya. Get it? Means that, report untuk lab hari selasa, dorang buat hari khamis. So experiment untuk hari khamis memang tak buat la. Dah la suka suki request nak suruh delay hantar report. Suppose habeh je lab pada hari tu, terus kena hantar. No excuses tapi disebabkan IS sekalian, so kena delay. Memang la best tak payah nak sibuk-sibuk siapkan report on that day tapi tutor bagi lagi extra kerja. Contohnya suppose lukis-lukis je binatang dari phylum echinodermata dan arthropoda, lepas tu label. Tapi tak pasal-pasal pulak hah kena cari characteristics untuk setiap binatang. Perghh! Satu keja pulak. Dah la banyak!

Lepas tu suka suki je tak datang kelas, suruh kawan dorang signkan. Ok la aku pun pernah buat tapi tak selalu bila masa tak mengizinkan aku pegi kelas je aku terpaksa buat macam tu. Ehem. Bayangkan kalau sorang je kawan dorang yang pegi kelas, dia kena sign untuk kawan-kawan dia yang lain seramai hampir 10 orang. Tak ke gila? Tapi bukan nak kutuk lebih, tutor lab pun tak puas hati. Dah menyampah dah rasa. Tutor tu tau dorang tak pernah, ok lagi sekali TAK PERNAH buat experiment. Report pun copy dari orang je. Tapi bila dapat A- untuk report, kalut pegi tanya, why I only got A-? I did my report!. Sepatutnya korang dapat F je. Dah la tak pernah buat experiment bising je! Tapi tutor-tutor aku tu bagus. Nak tau dorang buat apa? Diorang letak je A untuk semua report si budak-budak IS tu. Tapi markah sebenar dorang sangat rendah. Ala-ala politik markah gitu. Rasakan! Hohohoho *gelak jahat*

Kadang-kadang aku hairan. Apa gunanya dorang datang sini kalau setakat nak main-main je? Tau la muka tu boleh la nak dikatakan hensem, tapi hensem lagi abang-abang korea aku, so tak payah nak perasan macho sangat la. Nyampah aku tengok nye haih. Tau la duit masing-masing berlambak, bergunung-ganang, tapi kalau datang sini nak berpoya-poya tak menyusahkan orang tak pe, ni masalahnya menyusahkan orang. Bila aku pikir balik, semalas-malas aku ada lagi yang lagi malas. Kalau keluar list sapa yang kena bar dari ambil exam, mesti terselit nama dari budak-budak IS dari 'negara tu'. Mostly budak-budak IS dari 'negara tu' perangai sama je. Adakah mereka sudah berpakat? Hah yang tu kita tak tau. Tapi serius la. Bila aku dok kat sini aku rasa macam aku tak dok kat Malaysia. Banyak gila bendasing kat sini. Lebih baik aku dok Penang, aku tau nak nampak bendasing ni waktu weekend je tambah-tambah hari Ahad kat Summit BM (Bukit Mertajam) tu. Dah macam markas dorang pulak aku tengok.




Notis: sabor je la. *sambil buat tangan macam usop wilcha*

2 comments:

jee_an24 said...

betul2...aku pun pelik dgn budak2 IS nih..yg bez tu klw g library sem lps laa siap wt mcm port dorg lak kt library tuu..mcm dorg pnye library plak..hahaha adoii mcm2 pangai..

laila latif said...

tau xpa. ko tau wktu bln posa,bley plak dok mkn2 dlm lib bhgn letak bag tu. sume org tau kot dorg tu org islam wpun fahaman lain,pdhl still kena posa kan? xpaham aku.