Sunday, July 25, 2010

beli dan belah sekarang!


dok kat kl ni everything mahal. nak banding harga barang kat sini dan kat penang harap maaf la ye. beza bebenor. tapi aku tiap2 minggu keluar gak. apa citer tu? huhu.

aku ambil kelas GTEE. ala kelas BI. tu kod kursus tu. so aku ambil yang Effective Presentation Skills. kena berlatih cakap kat depan audience so nanti aku tak la gugup + gagap especially. haha.
so Miss Choo yang comeyl tu suruh kitaorg beli buku teks dia. aku dengar Miss Choo cakap harga buku tu macam rm13 ja. rupa2nya rm30++ kotttt!! dah la nipis je. tapi aku pun beli je la dah nak belajar kan even nak guna untuk sem ni ja. tak pa nanti aku hasut junior suruh ambil course tu dan jual kat dia. haha. aku pegi Perdanasiswa dan beli la dua buah buku- buku BI tu dan buku Statistic table- both of these books cost rm48.60. yeah! rm48.60 padahal nipis gilak dua2 buah buku tu tapi aku redha ja. nak belajar kan. jangan la nak berkira sangat. ye la. =.=

last week aku puasa sebab nak habiskan puasa aku yang tertinggal tahun lepas. puasa yang tertinggal tu bukan puasa yang saja tinggal ye. haha. hari khamis kelas aku dari pukul 8 sampai 9 pagi ja. buat masa sekarang la sebab tak ada lagi kelas tutorial, so Amni, my coursemate kata nak pegi ambil spek dia kat Mid. dia baru buat sebab spek dia yang lama dah hilang maybe misplaced kot. but spek lama dia jenama Baby Phat ok. Kimora Lee Simmons punya brand. Fuhhhh!!!! sayang gilak weyh dah hilang. kalau aku mau menangis sampai keluar darah putih kot.

even aku puasa tapi sebab aku boring tak da benda nak buat so aku teman je la Amni pegi sana. see??? Mid lagi. hahaha. tu je tempat paling dekat kan. tiba2 kan feel nak beli dan belah membuak2 lak. huhu. maybe sebab aku puasa so bila keluar tak payah makan kat luar so duit tu digunakan untuk membeli.

then aku pegi Popular nak usha novel. ni yang aku malas bila nak buat pilihan. selalu susah nak buat decision. haha. aku ingat nak beli novel Syud- Untuk Awak Teja Aulia- ala yang Tiqa gilak bising kat aku kalau aku beli dulu novel tu daripada dia. =.=' hahaha. tapi at last kitaorg beli on the same day. tapi dia beli lagi awal dari aku but aku dah habis baca lagi awal dari dia. haha. mula2 tengok kat rak tak ada pun novel tu. aku buat assumption mungkin dah habis. so aku pun bercadang nak beli novel lain tapi tiba2 ringan mulut lak tanya kat akak yang keja kat Popular tu,'novel Syud Teja Aulia dah habis ke?' then akak tu cakap ada kat belakang. so haruslah bergembira kan. akhirnya aku berjaya memilikinya!!!! haha. ok dah stop sekarang.

oh cerita dia rupa2nya part citer Adil, kawan si Azril Mustaufi dalam novel Tentang Dhiya, Syud jugak yang tulis. sebab ada watak2 Azril, Taufiq, Pacai, Umar, Lisa. dalam novel Tentang Dhiya ada mention yang Adil suka kat bestfriend dia sendiri, Aulia. sweet kan? oh tak lupa short cerpen Syud tajuk Tas Tangan Merah Jambu yang ada watak Nisa dan Adif pun ada gak dalam novel Teja Aulia ni. see??? best gilak baca sebab both citer kat atas tu aku dah baca. so memang happy gilak dan senyum meleret sampai ke kepala la. ok aku tipu. haha.


then aku beli gak komik manga pasal cinta2 ni. aku memang suka baca since aku pinjam dari Shera masa PDT dulu. sweet je. diorg mostly kalau nak kapel semua girl yang start dulu. ala macam kalau kita dah suka kat somebody teroslah make the first move tak kisah la boy or girl yang start dulu.

lepas tu kan aku tiba2 rasa nak beli beg. ye la aku mana ada bawa beg nak jalan2, pastu aku memang nak cari sling bag sebab senang aku nak slingkan je bag aku kat badan. senang dan selamat. around pukul 4.30pm kitaorg dah balik. serius tak rasa penat sangat puasa pon. maybe dah biasa kot. ok aku tak kata aku kuat ek. haha. certain days je kadang2 tu penat puasa macam nak buka puasa ja walaupun jam baru pukul 10 pagi. haha. ok lempang aku sekarang.



ni la buku2 yang terlibat

usha ketebalan dia macam mana. 'tebal' gilak kan. berbaloi la dengan harga. huh!

ni la novel kesayangan aku buat masa sekarang

hah ni beg aku yang baru beli kat Mid



Notis: aku dah tahu Tiqa kenapa kau nak sangat baca novel Untuk Awak Teja Aulia sebab citer tu pasal cinta antara bestfriend. hahaha. suka3 usik kau! haha



No comments: