PENGUMUMAN! PENGUMUMAN! kolej saya TAK ADA AIR! diulangi TAK ADA AIR ya!
jadi kalau tiba2 terbau something yang agak pelik dan misteri usah ditanya mana datangnya bau itu. ia menjadi salah satu tanda kemisterian di kalangan siswa2 UM sekalian. hakhak
saya suka tak ada air satu kolej @ satu UM. nak tau kenapa? sebab bila tak ada air, kebarangkalian saya nak mandi selama 3 kali sehari berkurangan, kebarangkalian roommate saya nak mandi pun berkurangan, kebarangkalian budak bilik sebelah nak mandi pon berkurangan, kebarangkalian budak satu floor nak mandi pun berkurangan, kebarangkalian budak blok lain nak mandi pun berkurangan, kebarangkalian satu kolej nak mandi pun berkurangan, kebarangkalian budak2 UM nak mandi pun berkurangan, jadi conclusionnya,sesi soal jawab seperti, ' ko ni bau busuk la!', ' eh ko pon busuk gak kata kat aku lak!', 'owh kiranya kita sama2 busuk la ni??', ' ye laa!!!!', dah semestinya tak akan berlaku. ok sudah aku dah merepek sebab menahan sabar di atas tindakan UM yang menyebabkan ketiadaan air tanpa peringatan awal terlebih dahulu. kalau tak aku boleh berendam siap2 20 jam dalam bath tub so for the next few days dah tak payah mandi. hahaha
semalam aku pergi kelas aku tak mandi. titik. aku mandi menggunakan air sembahyang ja. lebih afdhal aku rasa. tak membazirkan? tapi tu la masalahnya, aku ni dah la tak berapa sihat sangat, badan macam panas2 ja, then air pulak tak ada so macam mana aku nak bagi panas dalam badan aku ni hilang? sapa ada penyelesaiannya sila kemukakan dekat FB saya ya. hikhik.
tadi dalam waktu Zohor dah ada air, jadi aku menunaikan kewajipan aku sebagai muslimah sejati dengan bersembahyang dahulu. tak pa lepas tido barang sejam dua tiga empat lima baru aku mandi. ya itu adalah perancangan masa depan aku yang begitu terbaik sekali. yeah!
aku bangun untuk bersembahyang Asar, masih ada harapan untuk meneruskan perancangan. oh aku tambah lagi satu perancangan aku,ingin membasuh baju yang berada di bawah katil sebab baldi telah digunakan untuk mengisi air. lepas sembahyang, oh ku sangka panas hingga ke malam, rupanya hujan selepas Asar. air dah tak ada. ok baik! saya paham...
air yang mengalir bak kata mak aku macam air kencing je amat menyesakkan hati ku. oh aku berpuasa hari ni so kena tahan sabar ye. saya tahu kamu boleh Laila! ya! tak apa. dugaan je tuh. Allah amat sayangkan hamba2Nya. ya tak salah lagi.
haruslah kali ini aku kena mengangkut air sekali lagi. aiyark! jadi masculine girl la aku lepas ni. haha~
nenek ni umur 83 tahun boleh angkut air. aku??? tak ada hal punya laaaaa!
Notis: dugaan, dugaan....... =)
No comments:
Post a Comment