Saturday, July 10, 2010

habeh sudayyy~~

aku pernah cakap kan aku daftar UM 4hb Julai 2010 kan? so now im officially become siswa UM!!! yay! big applause for me~~~ haha
so seminggu aku tak update blog aku nie. sebab bz gilak last week sebab ada orientasi atau kitaorg panggil Minggu Haluansiswa.
aku rasa aku kena buat part la untuk cerita apa yang jadi sepanjang minggu ni. haha. satu entry ja tak cukup.
aku cerita masa mula2 k. aku daftar hari Ahad, pagi2 buta aku dah gerak pegi KL dalam kul 5.20 am. memang ngantuk gilak la kan. nasib baik bukan aku yang drive so aku tido ja kat belakang tanpa memikirkan apa2. haha
dalam pukul 9 macam tu aku dah sampai sana tapi disebabkan Kak Ngah nak ikut so kena la ambik dia dulu kat Shah Alam. dah tu nak cari UM lak punya la round2 jalan kat situ dah nak sampai sejam baru la jumpa UM. baguskan UM ni, diorg tak letak langsung signboard kat jalan2 utama. bajet semua orang tau la!!! aishh.. sabar ja tau tak.
then cari kolej aku lak. ok aku dapat Kolej Kediaman Ke 8, belakang sekali. jauh gilak. masa nak pegi kolej tu memang kitaorg guna jalan lagi satu yang tak busy memang nampak jauh la kan. Abah kata jauh gila jenuh jalan kaki la hang. kemudian kata2 itu dipersetujui oleh semua orang dalam kereta kecuali aku. haha. bas ada meyh. so cool ja
masa aku dah sampai memang gelap gilak tanda2 hujan nak turun. adakah hujan ni bermakna kedatangan aku ke UM ni direstui??? Ya Allah.. haha. so masa nak turun daftar dah start hujan. then memang hujan lebat la kan. aku pegi daftar sorang2, settle everything then dah boleh masuk bilik.
so Kak Ngah di paksa untuk teman aku pegi tengok bilik sebab dia yang gedik2 nak ikut so haruslah aku gedik2 gak paksa di ikut aku. apa guna dia ada kalau tak boleh menolong. wahh! ayat baik punya!
bilik aku hujuuuuuung sekali tapi nasib bek bilik air tengah2 buttttttt bilik air dia, bilik mandi ada 4, tandas pun ada 4 so questionnya, adakan akan membawa kesesakan bila tiba peak hours??? haruslah sesak kan.
so adik, aku dan Kak Ngah dah angkat2 barang semua bawak masuk bilik then tengok bilik dah ada sorang masuk,. kat dalam 1 bilik ada 1 katil double decker dan single bed. almari ada dua kat tengah2, so single bed tu telah dimaklumkan hanya untuk senior sahaja. SENIOR sahaja. besar gilak darjat senior kan. dah la ruang besar. space untuk kami kecik je. memang unfair la kan. tapi nak buat macam mana. tima semua.
ni tempat utk senior. luas kan?

ni tmpt freshies. aku katil tgkt atas.

ni bukti betapa sempitnya space kitaorg.

so masa masuk bilik tu aku tak tau single bed untuk senior so aku letak la barang 2 kat situ, then bila aku dah tau aku malas gilak nak angkat barang so aku biar ja sebab senior masuk Ahad after orientation so biar la. lagi pun tak da masa nak kemas2 sebab pukul 2 dah start orientation. see??? UKM pukul 5 baru start tapi kitaorang start awal gilak.
tak pa2. tima semua. macam biasa la masa daftar tu kitaorg dah dapat name tag siap dengan kumpulan memang diorg dah decide. so aku kena Sel 5 sekali dengan roomate aku. kumpulan2 dipanggil sel ok. macam dalam penjara lak kan. apa2 ja la. haha.
so macam biasa dok dalam sel masing2, harus la ada ice breaking kan. nak pecahkan ais then bagi cair pastu boleh jadi air sejuk.
bdk laki sel aku ada 8 orang, pompuan ada 14 orang. so selain dari roomate aku, aku dah dapat kawan baru!! nama dia NOORSYAFIEKA BT MOHD BERA. sama umur dengan aku, budak PDT KMM. dia ni memang gilak2. nampak ja muka tu ayu nak mapus tapi perangai..... MasyaAllah. haha. sampai sekali dengan aku terjangkit gak. apa cerita. tapi aku rasa orientation kali ni memang aku cool gilak, selamba, maybe sebab aku ada geng yang boleh buat macam tu. ceeeeee macam tingkatkan self confident la kan. ye la weyh dulu aku mana boleh nyanyi2 di depan awam especially budak laki, depan kawan2 aku pun hanya selected person je boleh dengar suara aku. tapi kali ni selamba badak ja aku nyanyi2, melawak2, kacau2 orang di depan budak laki. hohoho.
maybe aku sedar aku dah tua dan tak payah malu2 pon. hehe. mampus membe2 aku gelak bila diorg tau aku kata aku ni pemalu. haha. biarkannnnnn...

ni Noorsyafieka anak Pak Bera

ieka + aishah (roomate aku)

kitaorg belajar buat cheers, belajar nyanyi lagu UM, lagu tema Minggu Haluansiswa, dan macam2 lagu yang memang menaikkan semangat aku la. paling best kitaorg nyanyi lagu Faizal Tahir-Gemuruh. semangat gilak weyh!!! semua lagu tu kitaorg buat sekali dengan gaya tau..


bersambung....

No comments: