semalam aku keluar dengan junior aku masa kat matrik dulu - Ikhwan Afiq. kitaorg memang dah plan lama nak keluar sekali kan. supposed Ding ikut tapi dia ni asyik nak balik je so just two of us.
oh mengikut planning kakak Ikhwan pun ikut sekali tapi dia malas nak keluar sebab boyfriend dia keja so end up kitaorg dua je. (Note: kakak Ikhwan sama umur dengan aku)
so around 11ish aku tunggu kat main library, after penat jalan dari kolej aku yang kat atas bukit tu dan berjalan2 nak pegi cucuk duit (-.-') then Ikhwan call kata dia dah sampai kat Daily Fresh. then teros pegi Mid Valley sebab dia nak ambil jam yang dia hantar repair. ok untuk pengetahuan sekalian rakyat jelata, aku pegi ke Mid tiap2 minggu sekarang dan hari Khamis lepas aku baru ja temankan kawan aku pegi ambil spek kat Mid. korang paham ekk aku dalam pertimbangan nak jadi duta Mid sekarang. haha. ok Ikhwan macam konpius sikit jalan nak pegi sana then aku la yang kena tunjuk jalan sampai aku kata,' sapa orang sini sebenarnya ni???'
mula2 decide nak tengok wayang, tapi as usual, peluang nak tengok wayang kat Mid amat gelap kalau anda seorang yang malas beratur panjang. jadi end up Ikhwan kata,' akak kita tengok movie kat OU ek?'. aku ok je. dia driver so ikut je la. haha. but kitaorang jalan2 dulu kat Mid sebab Ikhwan kata dia nak usha2 baju dulu. pegi ke Romp pilih2 baju untuk dia tapi dia macam pikir banyak kali nak beli ke tak then end up dia kata tunggu duit JPA masuk. haha. serius baju kemeja dark green memang smart gilak.
dah sampai kat OU, cari panggung wayang dulu. pegi ke GSC then konpius nak tengok citer apa sebab Ikhwan nak tengok sangat citer Street Dance tapi tak ada kat GSC. huh harap je besau. sementara nak pikir tu kitaorg beratur dulu then dah nak sampai kaunter kitaorang decide tak apa la kita tengok je la apa2 movie kat TGV, sebab movie yang kitaorg pikir2 nak tengok kat GSC tu semua dah nak start padahal kena beratur lagi so tak pa la.
then pegi TGV, ada citer street dance kat situ pukul 5 pm so nganga lagi mesti la teros pegi beli. so tengah beratur kitaorang decide sapa nak belanja tiket wayang dan makan. mula2 Ikhwan suruh aku je belanja tiket wayang, then bila aku tanya konpem ni? teros dia cakap,'tak pa la kak, akak belanja makan ek.' dah agak dah. =.='
pegi sembahyang dulu kat surau, then terus menuju ke Secret Recipe. kitaorg memang tengah lapar gilak2 tambah2 sekali aku la kan. so nak pilih makanan pun dah konpius. apa citer? haha
last2 sekali kitaorg pilih same menu. then ambil kek yang yummy2. oh citer pasal kek, masa waiter tu nak hantar, dia letak kek aku kat depan Ikhwan dan kek Ikhwan kat depan aku. masa mula2 tu dia konpius nak letak yang mana kat sapa,then lastly dia letak kek aku yang tebal tu kat depan Ikhwan maybe dia buat assumption sendiri yang laki makan banyak dan pompuan makan sikit sebab tu dia letak kek Ikhwan yang nipis kat aku. oh tekaan dia salah sebenar2nya. haha. nanti korang tengok ek.
then pusing2 OU, singgah kat Popular jap sebab dia nak beli fail. banyak gilak fail dia ambil then aku kata better ambil 1 fail yang ada compartment banyak dalam tu so tak payah beli banyak2 fail nipis dah. so cadangan aku diterima. haha. then jalan2 lagi sebab wayang start pukul 5pm. dah penat jalan kitaorg just lepak kat luar panggung sambil usha orang yang lalu lalang dan berasa jeles kat budak2 yang tido nyenyak dalam troli budak2 tu, tah la apa nama dia aku lupa. haha. so sembang2 pasal life masing2 kat U. cehh macam dok kat U lain2 la kan. tak la maksud aku, dia citer pasal course dia yang memang susah dan tough la aku dengar dan dia berasa sungguh risau takut tak lepas 1st year ni dan selalu meminta aku doakan dia berjaya lepas 1st year ni. ye la... =.= haha
aku dah start mengantuk then Ikhwan kata, ' kalau akak tido nanti saya gelak sorang2'. haha. start je cerita tu aku ingat macam boring la kan at the beginning tapiiiiii serius best gilak. lawak gilak citer tu. bayangkan semua yang kat dalam panggung tu rasa macam tengok live pulak waktu diorg buat persembahan dance. siap tepuk2 tangan dan bersorak lagi tu dalam panggung. bukan aku sorang je yang buat macam tu tapi satu panggung ye diulangi SATU panggung. haha. tak boleh blah betoi. tapi serius best citer tu then aku rasa better lagi kot dari citer Step Up. ala korang tengok sendiri la malas nak citer aih.
dah habeh movie, pegi sembahyang asar then singgah Big Apple sebab senior bilik aku- Kak Ika pesan donut. then Ikhwan kata singgah rumah dia dulu sembahyang Maghrib kat sana. oh parents dia tak ada sebab balik Kelantan then just tinggal kakak dia ja. sampai rumah dia lebih kurang pukul 8ish, sembahyang then tengok cerita Benci Bilang Cinta. dah sampai ke laut dah citer tu. nama je adaptasi dari citer Korea tapi macam biasala Indon kalau tak buat citer meleret2 ke laut memang bukan Indon la.
khusyuk tengok sambil makan Big Apple then masuk Isyak. aku sembahyang Isyak dulu sebab planning nanti balik kolej boleh teros tido je. so kitaorg gerak dalam pukul 9ish and around 930 dah sampai kolej. oh kakak dia ikut sekali. kakak dia ramah gilak + cute je kecik molek.
tu la sehari aku habiskan masa dengan adik aku tu. haha. so kepada kawan2 aku yang tersayang- Tiqa dan Dot- jangan nak pikir out of the box ye. kahkah.
muka tengah lapar nak mampus
posing gembira sebab aku yang belanja makan. =.='
nak jadi duta kek Secret Recipe lak
hah ni duta laki kek Secret Recipe
kek yang tebal tu yang aku punya. gilak melantak kan aku? =D
chicken grilled black pepper
bersungguh gilak dia makan pastu komplen aku makan senyap lak. kita kena menghayati makanan tu tau tak. haha
Notis: duit untuk tambang taxi dah save. hehe.
No comments:
Post a Comment