baru seminggu aku dok kat UM ni, aku dah pegi outing. hehe
sebenarnya aku tak nak pun pegi masa roomate aku ajak. tapi tiba2 pagi Ahad tu, rummate aku- Aishah gerak aku bangun tido dalam kul 9 then cakap, 'eh nak keluar tak? senior dah penuh kat DM'. ok aku dengan baru bangun tido terus capai tuala dan mandi. tak tahu la apa motifnya kan. semalam kata tak nak keluar. haha.
mesti korang ingat aku takut dengan senior kan? haha bukan la. aku just malas nak berjumpa dengan senior aku dulu without my rummate. hehe. alasan je tu. ehh betol la.
then bersiap2 semua teros keluar. sebenarnya planning nakkeluar untuk bebudak floor aku je, tapi tiba2 ada 3orang budak laki. arghh! hentam je la, boleh jadik bodyguard. hehe
bas tak ada kat situ sebab waktu kuliah tak start lagi then kena jalan kaki doe! jauh gilak kot. dah la aku punya kolej jauh terdampar ke belakang. memang la kan. aku dan lagi 3 orang kawan aku jalan sampai gate depan, yang lain2 dah surrender awal2 lagi. haha.
then ambik teksi je sebab kesian kat Chinese girls 2 orang tu, asyik tanya jauh lagi ke? jauh lagi ke? so terpaksa la kan.
kitaorang pegi tempat yang paling dekat dulu - Mid Valley- bak kata Afiq, tak best pun pegi Mid tapi suka hati aku la nak pegi mana pun kan? haha. tak da la pegi yang dekat2 dulu. masa masih panjang meyh.
so planning nak tengok wayang, ramai nak mampus orang kat Mid. owh hari Ahad kan. hari untuk rehat2, gedik2 semua. huhu. so budak2 yang dah sampai awal pegi beratur beli tiket. so kitaorg nak tengok cerita Twilight-Eclipse. hehe. excited gilak aku lama tak tengok wayang kan.
then pas makan kat McD, pusing2 Mid sampai la masa nak tengok wayang, oh wayang start kul 4.15pm. then dah masuk dalam panggung, excited gilak ni kitaorg semua nak tengok Eclipse, tapiiii sekali keluar Production Company Siam punya. Nadia kat sebelah dah macam, WT...??? ye la dia yang paling excited nak tengok Eclipse siap marah2 kat Wan lagi kalau dia terlepas even satu part iklan pun. haha. then Wan check balik tiket, then hahahaha.. itu adalah cerita Siam-9 Temples:Death. kahkah. muka Nadia terus down gilak, monyok je dia. sabar je Beb.
so dah beli tiket dan dah masuk pun so sabar je la. rm12 tuh, kena r tengok gak bukan boleh refund pon. tapi memang la, cerita tu satu jadah apa pon aku tak paham tau. bukan aku la, semua orang tak paham. apakah??? aishh~~ ingat seram nak mampus, Wan yang dok sebelah aku siap dok sergah2 aku lagi. kureng tol. Bambang lagi sempoi, tido terus.
malas la nak cerita pasal movie tu lagi. benci I. haha.
masa temankan budak2 laki tu makan kat foodcourt The Garden, Nadia volunteer lak nak makeup kan aku. hehe. bukan selalu meyh tambah2 aku tengah bendera Jepun so tak dak halangan la kan. aku pun tadah je muka aku kat Nadia tu hah. hehe. hasilnya........
muka natural suci bersih polos je
sedang di makeoverkan. muka pasrah gilak apa la nak jadi dengan muka aku ni. kehkeh
selepas di makeover. tak nampak sangat kan? muka aku memang susah nak dimakeupkan sbb eyeshadow sumer xnak lekat. ye la =.= muka aku better natural. kehkeh
foodcourt The Garden. Wan stop buat muka The Rock boleh tak???
baru sampai kolej. tengah tunggu budak2 lain. kaki aku melecet doe! takit tangat!! huhu. oh tu Nadziha ye..
Notis: penat but fun!!!!
No comments:
Post a Comment