Sunday, October 31, 2010

ronggeng si biol

study week sudah start! study week = kena study
tapi bagi aku, study week = qada' tidurrrrr + online + bersenang lenang
sebelum aku menulis entry ni, aku dah tanam tekad kat dalam hati
nak start study lepas sembahyang Zohor
Alhamdulillah. dah habis sembahyang tiba-tiba terpegang la pulak lappy
aiyark! tak pa online kejap pastu nak study.
Oh My Junsu! ngantuk la pulok.
ish3! terok betul anak sapa la ni hah halau lekaih!

oh aku nak cerita, semalam aku keluar berronggeng dengan half of biol.
*eh yang tu pun kau nak cerita ke?* - *blog aku suka hati aku la kalut ja!!!*
semalam kan birthday ieka, dia ada ajak aku pegi Mid siangnya.
tapi aku malas sebab nak hujan pastu nak kena siapkan nametag JKKK tuh.
tiba2 malam dia ajak keluar nak pegi tengok midnite movie.
aku ok je sebab memang bapak boring kott!

then ajak yang lain2. Bambang tak nak maybe penat tangkap pic adik dia kat KLCC.
Ayin tak nak, tak dop pitih.
Syiqin balik rumah nenek dia.
so Fatan dengan Arif je la yang join. Arif tetap gagah walaupun selsema.
Boboy kata hari ni dia demam! huhu.

keluar dalam 10ish. lapar bangat sih!
so decide nak pegi Murni SS2 walaupun tau probability nak dapat seat macam susah je.
dah sampai sana memang fullhouse gilak2 la.
tapi tunggu jap then dapat seat. yay!
aku order spagetti carbonara dan air I Love You.
sweet kan nama air tuh? shweet shangat ! awww! ahakz.
ieka order nasi goreng seafood tongkeng dan air I Kiss You.
Fatan pulak spagetti bolognaise dan 3 layer tea.
perghhh! mantopppp!
portion dah la banyak. ponuh porut den ni hah.


Fatan punya spagetti bolognaise

nasi goreng seafood tongkeng. banyak gila! nampak macam sikit, tapi bila dah start makan memang serius banyakkkkkkkkk gila!

saya punya spagetti carbonara! tapi aku lagi prefer spagetti bolognaise. last2 sekali aku habiskan nasi goreng ieka, ieka habiskan spagetti aku.

I Kiss You

I Love You bebeh!

ching ching alexander! chef two in da house!

sanggup bersusah payah mengambil kereta dan berulang alik dari tempat keja laki dia ke UM semata2 nak merealisasikan plan on the spot semalam. credit to Ieka!

dah habis makan, jom pegi destinasi lain pulak!


mula2 kan decide nak tengok midnite movie kan.
then sampai sana, tak ada movie best.
citer Red, Fatan dah download so buang duit je kalau tengok.
lepas tu nampak Cosmic Bowl cam meriah je.
eh buka lagi ke? so Fatan pegi check.
yay! buka sampai pukul 2am. tunggu lagi, kita serbuuuu!
semalam Cosmic Bowl tutp lampu, so kitaorang main ala2 glow in the dark la.
perghh! cun!




pemenang tempat kedua

pemenang tempat ketiga

muka habeh bangga sebab juara

muka kekalahan

cover album tarian tommy -tommy


then lepas main boling, ieka ajak pergi lepak kat Kerinchi.
so lepak2, semabang2 sampai tak sedar dah pukul 230am
so aku pun dah ngantuk , jadi marilah kita pakat2 lincah balik ye.


Notis: asyik keluar je, pitih pun keluar jugak! T.T

Saturday, October 30, 2010

birthday bash!

30 Oktobeer 2010 genap la seorang hamba Allah ni berumur 20 tahun
tahniah diucapkan kepada Noorsyafieka Bt Bera!
planning nak prank Ieka @ Bon memang last minit.
malam semalam baru beli telur, tepung dah ada.
Syiqin pulak top up dengan air sabun berperasa Daia.
perghh! memang wangi la.
oh oh oh! Syiqin gak topup tepung dengan serbuk kari
memang bertambah pergh pergh pergh! la kan.
dah macam bau cucur ikan bilis dah ni hah.

so misi seterusnya, nak bawa Bon keluar dari bilik.
plan telah disusun sebaik2 mungkin iaitu:

  • nak pergi warung, lepak2 sebab lapar
  • oh tak jadi la lepak kat warung kolej kita
  • marilah kita mencuba warung KK3 pulak. Ayin kata sedap
  • kita pergi naik kereta Boboy, so tak payah jalan kaki.
  • alaaa kereta Boboy park kat atas la. kena naik sana.
  • pada masa yang sama, geng2 lain telah standby menyorok di belakang kereta
  • serangan bermula!!!!

mula2 nak ajak Bon keluar agak susah.
dia kata Boboy tu dah sawan ke rajin nak pegi KK3 ? *terpaksa sawan weyh!*
dia dah mula syak. aku pulak terpaksa menipu sebab nak menjalankan misi.
nasib baik penipuan aku berjalan dengan lancar. tiada gelak ketawa. *my friends tahu aku tak boleh menipu sebab nanti aku gelak2*
dan akhirnya....
.
.
.
.
.
.
.
.
jadilah seperti ini....


dah bersiap lawa2 dah nak makan kat KK3 tapi kita makan telur + tepung berkari dan minum air sabun dulu ye.

dah habis 30 biji telur selamat di'frisbee'kan, baru Bon teringat, "eh asal aku sorang je yang kena?" dan Bon mula mencari mangsa. walaupun telur dah habis tapi saki baki dibaju masih boleh diharap. mangsa pertama adalah Fatan! XD

yang kedua adalah aku selepas kali pertama diattack berjaya melepaskan diri. amboi Boboy seronok nampak?
masa aku tengah diseksa, Bambang bersuara,"eh cepat2 semua masuk tangkap gambar!"
=.='

akhirnya jadilah macam ni. bapak selekeh gilak! Ayin masih tak berani nak dekat2 sebab masih trauma dengan kejadian masa birthday Eddy. ala kau ni bukan pakai baju Mashi Moshi bagi pun! =D

a kiss from Bon =*

AGANES!!! * supposed is AGNES taken from My Boss My Hero*
apa2 je la budak2 dua ekor ni. =.='


akhirnya! dah habis. Ayin dan Arif memang dah lesap sebab tak nak mengotorkan baju. tengok Syiqin pun teragak2 nak dok dekat. haha. Boboy seorang yang sengal. tiba2 baik nak tolong lap kan baju aku yang kotor, tapi rupa2nya dia nak lapkan tangan dia yang penuh bersalut tepung dan telur kat aku! huh.



dah habis sesi menguli tepung bersama telur.
melepak kat warung pulak. warung kolej je. haha
Bon je yang tukar baju, mandi semua sebab dia yang paling teruk.
aku dan Fatan bantai je pergi warung dengan selekeh bertepung2 semua. lantak.
lepas tu Bambang yang tolong orderkan makanan. hehe. thank you my son!


muka Arif sangap nak main game

aku makan megi kari walaupun dilarang oleh Fatan sebab dah nak exam. alaaa Tan lama tak makan ni. oh dan seperti biasa, makanan ku makanan Ayin dan Bambang jua.

dah tak payah nak cover cun dah. ni la muka aku yang selekeh. nak reject pun reject la. tak kisah! hahaha.


last but not least,

HAPPY 20TH BIRTHDAY IEKA!
mAy Allah bLeSs u aLWayS!


Notis: lapar kek!

Thursday, October 28, 2010

tiada penyesalan

aku sendiri
ditinggalkan dan meninggalkan
maaf ku pinta

aku meninggalkan kamu
maaf ku pinta
kamu bukan jahat
tetapi hati ku masih belum kuat untuk bersama kamu
mungkin kita tidak ditakdirkan
aku tidak bisa memaksa hati ku untuk kamu


kamu tinggalkan aku
terima kasih atas perlakuan kamu itu
aku amat hargai
terima kasih atas segala galanya
aku tahu kamu bahagia bersama yang baru
walaupun aku masih sendiri
tapi aku amat bahagia sekarang
aku lebih rela sendiri dari menjadi mangsa kecurangan dan tidak jujur lelaki
segala kenangan kita telah lama terpadam
segala perasaan kita telah lama berkubur

sesungguhnya aku tidak menyesal
aku lebih rela sendiri
berteman kawan-kawan aku
daripada menjadi mangsa lelaki yang berhidung belang
tidak pandai menghargai perempuan
aku dah cukup letih dengan permainan kamu


ya aku percaya cinta kepada Allah lagi bahagia



Notis: terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup aku.


p/s * sory post entry jiwang. sekali sekala nak melepaskan gian sebab lama dah tak buat benda ni. hehehe.

Saturday, October 23, 2010

kenapa perlu berblog?


nowadays, semua orang ada blog. mostly students la.
kenapa ek? nak dapatkan side income from Nuffnang?
ekk????
banyak jenis blog ada sekarang, macam2!
macam2 means macam2 diorang buat untuk naikkan traffic diorang.
at once sampai jadi kontroversi. erkk?

bagi aku, aku saja je buat.
at first aku buat blog just nak rant out all my feelings outside inside. nobody knows about it.
saja je. because all the secret things yang tak boleh nak cakap kat orang, atau malas nak cerita kat orang.
but once you have a problem you have to let it out kan.
so this is one of my medium nak let all my problems out plus nak cerita what excited things happened to me.



tambah2 sekarang ni kan dah terpisah jauh dengan semua sayang2 aku kan.
dari yang sekolah dan matriks.
uishh kalau ada something yang best sampai boleh buat aku gelak berdekah2 atau gedik2 sepanjang hari harusla cerita kat sayang2 aku tu kan.
so tak kan la nak call sorang2. ponat den!
at last aku decide nak open this blog untuk semua sayangs aku. acecece~

jadi nanti kalau sayangs aku atau kawan2 aku atau kawan kepada kawan aku atau kawan kepada kawan kawan aku atau....... eh kau berapa banyak kawan daaa kau nak mention..
ok stop! sambung balik.
jadi nanti kalau diorang nak tau perkembangan anak Pak Latif ni boleh je masuk kat aku punya blog.
haaaa... kan senang. siap aku letak gambar lagi.
kalau story mesti tak ada gambar kan. hikhik.
sayangs aku semua dah tau aku ni memang kaki bercerita, berleter,potpetpotpet,nyanyi2.
kalau nak bercerita dengan tangan2 sekali naik.
biasalah anak mami kan. ehhhhhh??? anak mami ke kau? menghelippppp!


dan dan dannnnnn mostly kawan2 aku semua dah canggih manggih dan dah maju ke depan (bukan PJK - perut jalan ke depan tu tapi dah maju dari segi teknologi ok)
so memang senang la diorang nak tau perkembangan aku.
handphone bagi aku macam tak berguna je sekarang.
nak contact apa2 semua guna Facebook je.
jimat pun jimat, ye la guna Wifi UM ni.
walaupun kadang2 problem bila nak weekend je tapi KAU la penyelamat aku waktu keboringan tau tak? tau tak? dah tau? sila terharu sekarang! =p

so aku boleh buat kesimpulan yang aku buat blog bukan nak dapat duit dari Nuffnang, bukan nak dapatkan banyak followers mencecah berjuta2an, bukan nak dapatkan traffic yang tinggi tapi just nak story kat kawan2 aku semua apa yang jadi kat aku so diorang boleh selalu tau perkembangan aku. sekian terima kasih! *kau ingat kau femes ke Laila semua nak tau perkembangan kau hah?* =p


sooooooooooooooo, nak tanya dah ni, kenapa korang buat blog?? jawap ok. aku tag semua followers aku AKA kawan2 aku. hahhahaha


Notis: rant out Laila!

Wednesday, October 20, 2010

jejak kasih bersama abang-abang ku

entry yang lama aku ada cerita yang aku punya la tergedik2 nak pegi tengok konsert JYJ tu kan?
haaa... aku dah pegi dah! harus la berseronok. yeeehhaaaaaaaaaa!!!!
memang agak rushing la pagi 17/10/2010 tu sebab dah deal dengan Edy nak keluar pukul 10.30
aku pulak lupa yang perjalanan aku nak ke stesen U sebenarnya kena melalui pelbagai rintangan dan halangan.
memang agak terlambat sikit..
berkejar2an pegi Stesen LRT, naik Monorail pulak.
at last sampai gak.


masa nak tunggu monorail,jumpa pulak sekumpulan abang dan kakak2 .
diorang memang nak pegi sana jugak.
macam mana aku tau diorang nak pegi sana gak?
haaaaa... sebab aku nampak diorang pakai baju warna merah yang menandakan 'Kami Adalah Cassiopeia"
senang cerita la ada tulis kat baju diorang. hahaha.

dah sampai Stesen Hang Tuah, call Edy. met her up there.
jalan pegi Stadium Negara.
mak aihhhhh!!!!!!!!! ramai gilak!
90% fans semua pakai baju merah. memang tema peminat DBSK ni warna merah. official beb!
Edy je yang tak pakai. saja je padahal dah janji nak pakai merah. grr! grr!
tunggu kat luar pagar lebih kurang setengah jam kot. then masuk kena tunggu depan Entrance Door lak.
sementara gate nak buka, memang gilak shopping la aku kan. beli towel,tag,lightstick merah.
berhabis nak dekat rm50. last2 nak balik tak da duit. hahahha.
padan muka kau Laila! oh thanks to Kak Qis, nanti saya bayar tambang monorail ye! hikhik.


oh nak cerita benda best. masa bersesak2 nak masuk after gate buka tu.
aku tak perasan bila masa pulak aku TERgrab orang punya towel.
cun pulak tuh. Cassies punya towel.
aku sedar2 je tangan aku dah ada benda tu.
terpinga2 gak la aku kan. aishh.. sapa dia punya pulak ni.
tapi memang dok elok je kat tangan aku macam towel tu yang aku punya. haha.
tak apa la rezeki aku kan. Alhamdulillah.

hah yang ni la towel jatuh dari langit tuh. tiba2 je ada kat tangan aku. rezeki kan. Alhamdulillah.
=D


walaupun aku adik diorang tapi still kena beli tiket tau. tapi lepas tu diorang kena belanja aku la.
hahahaha. matik la kau perasan gilak!



tunggu kat luar entrance door 2 jam lebih kottt!
memang panas cuaca dan panas kat hati la kan.
diorang agak lambat sampai sini.
pastu nak buat soundcheck lagi.
kitaorang dengar je dari luar diorang buat soundcheck.
siap nyanyi2 lagi follow diorang.
memang best!


simpan semua barang berharga takut hilang termasuk towel yang baru dibeli. ehem.

yang ni towel yang aku beli sendiri. mahal tau tak. tapi chomel kan? kan? kan?
cepat cakap chomell!!! towel ni la peneman ku tido malam. hekhek

tag dan redlight stick

sticker dapat masa beli redlight stick. ehh kira beli gak la menatang ni. huhu.



dah boleh masuk harus lah lompat2 kegembiraan kan.
even beli tiket yang paling murah tapi tak apa.
Kak Qis memang cari tempat yang paling sempoi punya.
memang clear habis la.
lagipun buang duit je beli tiket VIP bagai.
dah la sesi fotografi 10 peminat per photo.
buat pe weyh??? baik tak payah.
lagipun showcase je. so diorang agak rushing sebenarnya nak pegi temapt lain lak.
nanti diorang datang balik buat konsert.
mesti datang punya sebab diorang dah janji dengan aku nak datang balik.
ececece. hah mesti nanti aku beli VIP punya la. jangan risau.
nak dok sebelah2 je dengan diorang.

posing2 dulu before start.

yay! dah start. rasa nak nangis aku. tengok diorang memang betul2 depan mata aku. jarak beberapa meter je. T.T
harus ok keluarkan jeritan sampai aku tak dengar langsung suara aku sebab orang sebelah aku pun menjerit. ceh!

stadium tu memang penuh dengan jeritan orang je. serius. ok jeritan aku sekali la. harus punya la. memang mantoooppppp!!! Jaejoong buat hip dance la pulokk!!! aaaaawwwww!!! shekshi lorh. T.T

second session. dah tukar baju. but maintain hensem lagi.

kat dalam stadium. aku berpuas hati dapat buat red ocean walaupun tak penuh sangat stadium tuh. i love red ocean!

micky cakap, 'thank you because always keep the faith in us'. eh of course we do la. 3 of you plus the other 2 (T.T) are awesome man!!!!

penat tunggu kat depan entrance harusla tangkap pic kan. tanda sokongan yang tidak berbelah bagi. perggghhh!

hah tu la towel yang aku beli. tiap2 malam aku peluk towel tu. verangans aku peluk diorang la. hahahaha. tak boleh blah!

'Malaysian girls are hot la!' , ' I LOVE YOU la MALAYSIAN!'. kembang jiwa aku dengar diorang cakap tu. hikhik. Serena C ajar diorang cakap Malaysian English punya thats why ada laaaa... chomell changat! I LOVE YOU TOO laaaa!!!


during press conference. they said,' Aku Cinta Padamu laaa'. awwwwww sho shweet!!!


Notis: tak sabar nak tunggu diorang datang lagi! Saranghaeyo!!! <3<3<3

20102010

cantik kan tarikh hari ni? 20102010.
tiba2 kan aku teringat something
hahahaha


today it suppose to be my 2nd anniversary with that *****
nevermind tak terusik sikit pun.
hahahaha. saja ja gedix2 nak tulis gak.


ada orang kata bulan Oktober tahun ni special dan sekali seumur hidup je jumpa.
kenapa????
sebab bulan Oktober tahun ni ada 5 kali hari Jumaat, 5 kali hari Sabtu dan 5 kali hari Ahad.
kenapa? tak percaya?
pergila check sendiri kalendar.
tu pun mau aku cakap jugak ke?
aishhhh.
*waaahhh tiba2 lak emo kan kau ni*


Notis: entry hari ni tiada bermaksud apa2. =D

Friday, October 15, 2010

usahawan yang berjaya la sangat



masuk UM ni. kena ambil kursus wajib universiti.
Asas Pembudayaan Keusahawanan @ APK.
kira diorang ajar macam mana nak jadi usahawan muda yang berjaya la kunun2 kan.
kursus ni la kalau aku masuk kelas dia selalu dengar lagu. hehe
boring siot.
tapi yang paling penat bila kena buka gerai la kan.
dua hari pulak tu. ok la lagi.
lepas tu dapat pulak kat Bangunan Peperiksaan.
memang tak strategik sangat la. ye la sapa nak pegi sangat BP tu.
tapi jualan not so bad. huhu. walaupun kena invest RM50.
group2 lain invest sikit je, tapi nak buat macam mana kan, redha je la hah.

dua2 hari aku kena berkampung je kat situ.
nama je buat jadual. alih2 aku gak yang kena stay dari pagi sampai petang.
pa cerita weyh? penat la aku doe.
tak fair langsung.
dah la kena jadi promoter bawah panas terik2.
memang aku dan Mira selalu curi tulang la.
matik la kan , peduli hapa aku. huhu.

yang penting last day before tutup gerai boleh makan aiskrim.
eh lupa pulak nak cakap, gerai aku jual aiskrim. huhuhu.
my fav tuh! shedap2~ hingga menjilat kuku la cerita dia.


malam before hari APK. aku menyibuk2 je kat gerai budak2 batu. =D


matik la kan ada gak stalker ni hah candid2 aku pulokk.!

rajin kan aku? tolong gerai orang lain padahal gerai sendiri buat bodo je. haha.

obsidian palace of batu

bajet nak tangkap pic seksi la kan tapi nampak cam mata orang mengantuk je. =D

nak tau pic ni awek si Hafiz ni yg tangkap. takuut aku kang jadi World War 3 lak. diorang tu junior matrik aku so tak ada hal punya.



erica yang sopan santun lemah lembut

agak2 boleh dapat award promoter of the year tak? all blue! my fav one. i like!


first day

credit to izzah. penat promote harus la posing2 ye adik2.


promoter of the first day. cun2 tak?

dengan Mira. gedix2 santai jap.


Notis : gila bapak punya penat. best jugak sebab dapat makan. tapi tak best sebab duit dah tinggal sikit! hukhuk.